fbpx

Agong minta rakyat bersatu padu bendung Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia sama ada di negara ini mahupun yang berada di luar negara sempena kemerdekaan ke-64 hari ini.

Perkara itu disampaikan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi satu kenyataan hari ini.

“Baginda turut menzahirkan kesyukuran kerana pada usia kemerdekaan negara menginjak ke-64 tahun, perpaduan dan keharmonian rakyat terus menjadi asas kukuh dalam mengekalkan kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara yang kita cintai bersama ini.

“Sambutan Hari Kebangsaan kali ini merupakan tahun kedua rakyat meraikannya dalam suasana yang masih diselubungi pandemik Covid-19, namun ianya tidak mematahkan semangat patriotisme dan kesatuan kita untuk terus meraikan hari yang penuh bersejarah ini,” ujarnya.

Menurutnya, baginda bertitah agar seluruh rakyat terus menjaga kesihatan diri dan bersatu padu dalam mewujudkan suasana persekitaran yang selamat demi membendung penularan pandemik Covid-19.

“Sikap segelintir yang tidak bertanggungjawab melanggar prosedur operasi standard (SOP) akan hanya membawa musibah kepada masyarakat dan turut berupaya menggugat pelan pemulihan negara yang telah dirangka.

“Oleh itu, baginda menasihati rakyat bahawa usaha mengekang pandemik ini memerlukan kesepaduan dan kesatuan seluruh rakyat, pemimpin serta kerajaan dengan menolak perbezaan pendapat dan mengenepikan pertikaian politik agar wujud simbiosis erat antara semuanya dalam berjuang untuk membawa negara merdeka dari pandemik yang melanda,” ujarnya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI