PETALING JAYA- Sebanyak 463 kawasan di Selangor akan mengalami masalah gangguan air berikutan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih ekoran pencemaran bau sumber air mentah.
Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) berkata, sebanyak 323,623 pemilik akaun dilaporkan terjejas susulan henti tugas loji rawatan air itu.
“Sebanyak 172 kawasan Petaling akan terjejas manakala Hulu Langat (54), Sepang (194), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (20),” katanya hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929