fbpx

Yee Khie jelmakan pingat perak di Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATLET Powerlifting negara, Jong Yee Khie turut membanggakan negara apabila berjaya meraih pingat perak dalam acara lelaki 107 kilogram (kg) di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.

ATLET Powerlifting negara, Jong Yee Khie turut membanggakan negara apabila berjaya meraih pingat perak dalam acara lelaki 107 kilogram (kg) di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.

Pada saingan tersebut, Yee Khie turun dengan semangat luar biasa apabila berjaya mengangkat bebanan 237kg meskipun gagal melepasi angkatan pertama 230kg.

Altet berusia 33 tahun itu cuba mengangkat 245kg bagi mengatasi catatan peribadinya terbaiknya musim ini (239kg) namun tidak berupaya melakukannya. Namun angkatan 237kg memadai buatnya meraih perak.

Pingat emas menjadi milik atlet Mongolia, Enkhbayar Sodnompiljee apabila mencatat rekod baharu Sukan Paralimpik apabila berjaya melakukan angkatan 248kg.

Atlet Iran, Saman Razi yang dijangka memberi tentangan pada saingan itu terpaksa berpuas hati meraih pingat gangsa dengan angkatan 231kg.

Ia adalah pingat kedua buat Malaysia selepas kejayaan Bonnie Bunyau Gustin yang mencipta sejarah menyumbang emas pertama buat kontinjen negara di temasya berprestij itu, semalam. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI