fbpx

TNB teruskan amalan pemasangan bendera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 200 Jalur Gemilang pelbagai saiz dipasang di pekarangan Kompleks Ibu Pejabat TNB di Bangsar, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) meneruskan amalan memasang Jalur Gemilang di semua premis, stesen janakuasa dan janaelektriknya di seluruh negara sempena sambutan Hari Kebangsaan esok.

Menurutnya TNB dalam satu kenyataan, ibu pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur dipasang dengan dua bendera gergasi bersaiz 6X24  kaki persegi mulai 31 Julai lalu.

“Lebih 200 Jalur Gemilang pelbagai saiz turut dipasang di pekarangan Kompleks Ibu Pejabat TNB, termasuk di sekeliling pagar luar, sekitar Kompleks Balai Islam An Nur dan Jalan Kelab Kilat.

“Bendera-bendera tersebut dipasang atas rasa bangga dan kesyukuran membangun bersama rakyat dan negara,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos juga lebih bermakna kerana TNB turut menyambut ulang tahun kewujudannya yang ke-72 iaitu pada 1 Sept 2021, sehari selepas rakyat meraikan Hari Kebangsaan.

Menurut TNB, tema Hari Kebangsaan kali ini iaitu Malaysia Prihatin secocok dengan nilai-nilai teras keluarga besar 35,000 warga kerja mereka iaitu iltizam dan aspirasi berterusan menerangi kehidupan yang lebih sejahtera.

“Bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-64 pada tahun ini, TNB menawarkan insentif khas Sinaran Merdeka untuk pelanggan perdagangan.

“Insentif diberikan selama dua bulan bagi penggunaan elektrik pada bulan Ogos dan September 2021 sebagai galakan kepada pelanggan perdagangan menerangi bangunan dan kawasan persekitaran mereka dengan lampu hiasan,” katanya.

Tambahnya, TNB juga memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini menerusi filem Raikan Malaysia Kita bagi memaparkan semangat positif rakyat Malaysia dalam mengharungi pandemik Covid-19.

“Filem animasi tentang empat individu yang sarat dengan emosi ini telah mula ditayangkan pada 24 Ogos lalu,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI