fbpx

Terima kasih petugas barisan hadapan-Sultan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULTAN SHARAFUDDIN dan Tengku Permaisuri Norashikin.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan penghargaan khas kepada petugas barisan hadapan yang sedang berjuang merawat dan menguruskan pandemik Covid-19 ketika ini.

Menerusi kenyataan di laman Facebook (FB) Selangor Royal Office, baginda berterima kasih dan terharu dengan pengorbanan petugas berkenaan.

“Penghargaan itu khususnya kepada kakitangan hospital dan pihak yang terlibat secara langsung seperti pengurusan jenazah serta pengebumian.

“Beta mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan dan sentiasa diberi kekuatan untuk berkhidmat demi kesejahteraan rakyat jelata,” titah baginda bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 esok.

Turut berkenan menzahirkan ucapan kepada seluruh rakyat Malaysia adalah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Sultan Sharafuddin bertitah, rakyat perlu terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan segera mengambil suntikan vaksin Covid-19 masing-masing.

“Menerusi menjiwai semangat merdeka dan patriotisme, beta mahu rakyat tidak bersifat mementingkan diri dengan menolak pemberian vaksin.

“Ia boleh menjejaskan sasaran negara untuk mencapai imuniti kelompok dalam masa terdekat dan seterusnya mengembalikan kehidupan rakyat seperti sediakala,” titah baginda.

Baginda bertitah, rakyat turut perlu menghayati erti kemerdekaan sebenar dan menghargai perjuangan tokoh terdahulu ke arah mencapai kemerdekaan negara pada 1957. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI