fbpx

Suami isteri ceroboh, pecahkan pintu kaca IPD Ranau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan papan tanda dan pintu kaca IPD Ranau yang rosak ekoran dirempuh dan dirosakkan pasangan suami isteri dalam kejadian kelmarin. -Foto: Ihsan PDRM

RANAU – Polis daerah ini menahan sepasang suami isteri ekoran tindakan pasangan itu menceroboh masuk Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.17 pagi itu, suami isteri berusia 27 dan 33 tahun berkenaan dikatakan menaiki sebuah kenderaan jenis Proton Wira dan terus meluru masuk ke pekarangan IPD Ranau dengan merempuh papan tanda berhenti di pondok pengawal.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, suspek lelaki berkenaan memberhentikan kenderaan dihadapan lobi utama bangunan terbabit sebaik memasuki pekarangan IPD Ranau sebelum keluar dari kenderaannya dan terus bertindak memecahkan pintu kaca IPD Ranau menggunakan tong sampah.

“Beberapa anggota polis yang bertugas terus bertindak menahan suspek untuk siasatan lanjut.

“Suspek dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik untuk membantu siasatan awal,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Mengulas lanjut, Simiun memaklumkan hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap kedua-dua suspek menunjukkan pemandu lelaki berkenaan positif dadah jenis methaphetamine manakala isterinya bebas dadah.

“Kita percaya kejadian berlaku disebabkan suspek lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk membantu siasatan lanjut.

“Polis turut merampas kenderaan yang dipandu suspek untuk tindakan lanjut, ” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI