fbpx

Noraini terbuka terima pandangan mahasiswa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini (tengah) selepas pelancaran UITM Prihatin di UiTM Shah Alam, tahun lalu.

SHAH ALAM – Pelantikan semula Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad disambut baik Majlis Perwakilian Pelajar ( MPP) Universiti Teknologi Mara ( UiTM) Se-Malaysia dalam meneruskan kesinambungan untuk kepentingan mahasiswa.

MPP UiTM Se-Malaysia berkata, Noraini sentiasa terbuka untuk menerima pandangan mahasiswa untuk kebaikan bersama.

Katanya, sewaktu dibawah pentadbiran beliau sebelum ini MPP UiTM terlibat secara langsung dalam segala keputusan penting melalui sesi libat urus bersama pengurusan tertinggi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang telah memberikan kebaikan khususnya kepada mahasiswa UiTM.

“Kami mengambil maklum bahawa suara mahasiswa telah diperjuangkan melalui Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dibawah pentadbiran beliau (Noraini).

“Ini jelas terbukti dengan usaha yang tidak berbelah bahagi hampir semua 11 Agenda Memartabatkan Mahasiswa yang dibawa oleh MPPK telah dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MPP UiTM Se-Malaysia menegaskan pelbagai inisiatif yang memfokuskan isu-isu kebajikan mahasiswa juga telah diwujudkan semasa Noraini menerajui KPT.

Ujarnya, antaranya ialah bantuan Pelan Data dan Peranti pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), Ops Penghantaran Pelajar Pulang, bantuan tunai RM200 secara one-off, Food Bank Siswa, diskaun tiket penerbangan dan lain-lain.

“Selain itu, membawa suara anak belia khususnya mahasiswa agar diberi perhatian di dalam pakej prihatin negara sebelum ini.

“Manakala terbaru adalah insiatif pemberian vaksin yang akan dilaksanakan kepada warga pengajian tinggi bagi mewujudkan gelembung kampus bermula Oktober depan,” jelasnya.

Justeru, MPP UiTM Se-Malaysia berharap agar pelbagai perkara yang memberikan manfaat kepada mahasiswa dapat diteruskan seiring dengan semangat “Keluarga Malaysia” .

“Seterusnya, membolehkan dasar-dasar yang melibatkan kepentingan dan kebajikan mahasiswa dapat diteruskan pelaksanaannya,” katanya. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI