fbpx

Nak jadi mak tiri Jebat, Nabila tapis dulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA memuji Sharnaaz sebagai bapa yang baik buat Jebat Jayden.

PETALING JAYA – Ucapan pelakon Sharnaaz Ahmad sempena ulang tahun kelahiran anak lelakinya, Jebat Jayden ketiga tahun hari ini mencuri perhatian selepas bekas isterinya, Noor Nabila turut meninggalkan komen mencuit hati netizen.

Dalam ruangan komen, kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa itu memuji bekas suaminya yang berjaya menjadi seorang bapa penyayang terhadap Jebat.

“Terima kasih baba (panggilan Jebat kepada Sharnaaz) kerana telah menjadi bapa yang baik dan penyayang kepada Jebat.

“Dia sangat bertuah kerana mendapat bapa seperti awak,” tulis Nabila.

Paling mencuri perhatian ialah apabila Nabila turut berseloroh supaya mana-mana wanita yang memasang niat untuk menjadi ibu tiri kepada Jebat perlu ditapis olehnya terlebih dahulu.

“Yang nak hantar resume boleh ‘cc’ (sertakan salinan) sini sekali,” seloroh Nabila.

Komen tersebut seterusnya mendapat lebih 1,600 tanda suka dan disambut dengan gelak tawa netizen.

Sementara itu, dalam entri berkenaan, ucapan Sharnaaz turut menyentuh jiwa pengikutnya apabila dia memohon maaf sekiranya tidak menjadi seorang bapa yang baik kepada Jebat.

“Nanti sudah pandai baca, bacalah ya. Baba minta maaf kalau tidak menjadi yang terbaik tetapi akan cuba untuk memenuhi setiap impian Jebat.

“Awak akan membesar tetapi akan sentiasa menjadi Spiderman kecil yang sukakan ayam bakar, tengkorak dan perempuan cantik,” ujar pelakon filem Jebat itu.

Selain ucapan untuk anaknya, dia turut menitipkan selamat ulang tahun kelahiran ke-36 buat dirinya yang turut jatuh pada hari yang sama.

“Selamat hari jadi kepada Jebat dan saya juga.

“Selamanya menjadi nombor satu. Kepada yang mahu jadi mak tiri, bolehlah hantar permohonan kepada Jebat,” katanya lagi.

Untuk rekod, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun disahkan bercerai pada 9 Julai tahun lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat pada 30 Ogos 2018.

Manakala, Nabila atau nama sebenarnya Noor Nabila Mohd Noor, 36, sekali lagi mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, di sebuah masjid di ibu negara pada 19 Mac lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI