KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara bagi menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Rahsia di sini hari ini.
Kenderaan yang membawa beliau dilihat tiba di hadapan Pintu 2, Istana Negara pada pukul 1.50 tengah hari.
Istiadat yang dijadualkan berlangsung pada pukul 2.30 petang itu membabitkan 31 menteri dan 38 timbalan menteri.
Sementara itu, kenderaan yang membawa Menteri dan Timbalan Menteri mulai tiba secara bergilir pada pukul 1.45 petang.
Barisan Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kabinet baharu tersebut juga diberi tempoh 100 hari bagi membuktikan pencapaian awal kementerian masing-masing.
Setiap kementerian juga perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan.
Terdahulu, pembentukan Kabinet baharu telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 27 Ogos lalu.
Senarai ahli pentadbiran baharu itu adalah satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan ‘Keluarga Malaysia’. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929