fbpx

Minuman keras tanpa cukai bernilai RM471,377 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua buah lori dipenuhi minuman keras tanpa cukai dianggarkan bernilai RM471,377 dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah dalam serbuan di sebuah gudang di Jalan Tuaran Lama, Inanam awal pagi tadi. - Foto: Ihsan PGA Sabah

KOTA KINABALU – Dua buah lori dipenuhi minuman keras tanpa cukai dianggarkan bernilai RM471,377 dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah dalam serbuan di sebuah gudang di Jalan Tuaran Lama, Inanam awal pagi tadi.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, dua lelaki yang berada di lokasi sama cuba meloloskan diri sehingga berlaku pergelutan dengan pasukan polis dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu.

“Operasi ‘Op Kontraban’ membabitkan Task Force Perisikan Ibu Pejabat Briged Sabah serta Tiger Platoon Batalion 16 PGA dan kita menyerbu lokasi menerusi maklumat risikan melakukan pemantauan di hadapan gudang berkenaan sebelum menjalankan serbuan.

“Pemeriksaan lanjut menemui minuman keras dipercayai diseludup di dalam dua lori yang berada di lokasi serbuan termasuk wang tunai sebanyak RM17,610 dipercayai hasil jualan minuman keras berkenaan turut dirampas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Abduh menyatakan semua barang rampasan termasuklah dua suspek di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut dengan jumlah keseluruhan rampasan termasuk dua lori yang disita dianggarkan bernilai RM471,377 berdasarkan harga pasaran semasa. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI