fbpx

Merdekakan negara daripada krisis Covid-19, ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak seluruh Keluarga Malaysia membulatkan tekad untuk memerdekakan negara ini daripada pandemik Covid-19, kegawatan ekonomi dan ketidakstabilan politik.

Beliau berkata, cabaran yang sedang dihadapi hari ini belum pernah ditempuhi sebarang pemimpin dan kerajaan sebelum ini di mana negara berdepan dengan beberapa cabaran serentak iaitu wabak penyakit serta kegawatan ekonomi yang menggugat kestabilan politik negara di seluruh dunia.

“Sempena hari kemerdekaan ini, kita perlu terus berjuang memerangi pandemik Covid-19, sebagai musuh yang paling utama. Kejayaan ini akan membolehkan kita membuka jalan pemulihan ekonomi negara dalam norma baharu.

“Ekonomi wajar dipulihkan, kesejahteraan rakyat perlu ditingkatkan, keyakinan pelabur harus dikembalikan,” katanya ketika menyampaikan perutusan Hari Kebangsaan ke-64 di saluran televisyen tempatan malam tadi.

Justeru, katanya, Keluarga Malaysia diseru agar segera mendapatkan vaksin sebagai salah satu ikhtiar pemulihan negara kerana vaksin terbukti memberi impak positif terutamanya dalam usaha memerangi wabak.

“Berpandukan fakta dan data, yakinlah bahawa hanya melalui kerjasama penuh daripada semua pihak, peperangan melawan pandemik Covid-19 akan berakhir dengan kemenangan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI