fbpx

Majoriti penduduk Thailand anggap perintah berkurung Covid-19 gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk membawa buah labu untuk disumbangkan kepada beberapa penduduk sebuah perkampungan yang dikenakan perintah berkurung di Pattani, 24 Julai lepas. – AFP

BANGKOK – Satu kaji selidik yang dijalankan Institut Kebangsaan Pentadbiran Pembangunan (NIDA) Thailand mendapati majoriti responden berpendapat bahawa pelaksanaan perintah berkurung separa di negara itu  gagal untuk mengawal penularan Covid-19, lapor portal berita Thaiger semalam.

Kaji selidik tersebut dilakukan menerusi temu bual telefon yang berlangsung antara 23 hingga 26 Ogos lepas dengan seramai 1,312 responden berusia 18 tahun dan ke atas mengambil bahagian.

Ketika ditanya sama ada perintah berkurung itu adalah berjaya, sebanyak 65 peratus responden menjawab ‘tidak’.

Daripada angka  tersebut, 36 peratus responden berpendapat perintah berkurung itu ‘amat gagal’ kerana tidak semua kawasan dikenakan peraturan tersebut selain sekatan yang dilakukan tidak cukup tegas sehingga menyebabkan kenaikan angka jangkitan.

Selain itu, 29 peratus responden pula mengakui perintah berkurung ‘tidak terlalu berjaya’ kerana tidak semua penduduk mematuhi  peraturan serta masih terdapat sebilangan individu yang masih belum menerima vaksinasi.

Sementara itu, sebanyak 27 peratus responden berpendapat perintah berkurung itu adalah ‘cukup berjaya’ kerana penduduk hampir mematuhi kesemua peraturan dikenakan yang seterusnya mengurangkan angka jangkitan.

Bagi enam peratus responden pula, mereka berpendapat ia adalah ‘kejayaan besar’ kerana larangan pergerakan berjaya menurunkan kadar jangkitan, selain tiga peratus lagi enggan menjawab.

Bagi soalan sama ada perintah berkurung perlu dilanjutkan, 74 peratus responden menjawab ‘ya’ dengan 26 peratus daripada mereka berpendapat ia perlu dilaksanakan dengan peraturan lebih ketat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI