PUTRAJAYA – Kes Covid-19 dilaporkan menurun hari ini dengan angka positif sebanyak 19,268 sekali gus menjadikan jumlah terkumpul sejumlah 1,725,357 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor buat pertama kalinya merekodkan kes di bawah angka 4,000 dengan catatan sebanyak 3,567 kes, diikuti Sabah (2,310) dan Johor (2,265)
“Kedah pula sebanyak 2,084 kes manakala Sarawak (2,028 ), Pulau Pinang (1,780), Kelantan (1,308), Perak (1,144), Pahang (788 ), Kuala Lumpur (672), Terengganu (544), Melaka (395), Negeri Sembilan (269) dan Perlis (71).
“Bagi Putrajaya dan Labuan masing-masing mencatatkan sebanyak 41 dan dua kes sahaja,” katanya hari ini. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929