fbpx

IKEA Indonesia perkenal menu bebola daging versi sayuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rupa bebola sayuran yang merupakan menu baharu diperkenalkan oleh IKEA Indonesia. - Instagram

JAKARTA – Cawangan syarikat perabot dan perhiasan rumah IKEA Indonesia memperkenalkan menu signatur bebola daging versi sayuran, lapor portal berita Coconuts semalam.

Dijual pada harga 60,000 rupiah (RM17.41), pelanggan Ikea Indonesia boleh menikmati 12 biji bebola sayur berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan menu tambahan seperti kentang lenyek, borkoli rebus dan jem strawberi.

“Rupa bebola sayuran ini sama seperti bebola daging biasa namun isinya diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan semula jadi.

“Kami berharap menu ini akan mendapat sambutan baik daripada pelanggan dan dalam masa sama, menyokong keseimbangan alam semula jadi,” kata Pengurus Makanan Komersial IKEA, Dita Astari Putri.

Hidangan lain yang turut diperkenalkan dalam menu termasuk roti sosej berasaskan tumbuhan bagi menggantikan ayam dengan harga 10,000 rupiah (RM2.90) dan ais krim matcha berharga  6,000 rupiah (RM1.74)

IKEA Indonesia mengatakan syarikat itu akan terus memperluaskan menu berasaskan tumbuhan sehingga separuh daripada tawaran sedia ada di restoran dan kafenya menjelang 2025. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI