fbpx

Guardiola dedahkan sudah temui penyerang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TORRES meledak dua gol serta mencipta satu umpanan gol ketika City membelasah Arsenal 5-0 di Etihad kelmarin. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukannya sudah mempunyai jawapan untuk usaha mencari penyerang No. 9 apabila Ferran Torres membuktikan ke­upayaan selepas meledak dua gol ketika menang 5-0 ke atas Arsenal kelmarin.

Pada aksi tersebut, Torres yang diletakkan selaku pe­nyerang utama mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri di posisi tersebut dengan melakukan dua jaringan selain mencipta satu peluang gol sekali membantu The Citizens mencatat kemenangan bergaya.

Sebagai rekod, City sebelum ini secara terbuka memburu pemain di posisi penyerang utama selepas dikaitkan dengan perpindahan Harry Kane dari kelab Tottenham Hotspur dan Cristiano Ronaldo dari Juventus pada jendela perpindahan kali ini tetapi terpaksa berputih mata.

Kata Guardiola, Torres telah menunjukkan peningkatan pres­tasi secara mendadak apabila semakin selesa dengan tugas baharu yang diberikan kepadanya sebagai pemain No. 9 buat pasukan musim ini.

“Kami sudah mula meletakkan Torres sebagai penyerang utama sejak musim lepas dan mungkin pada awalnya dia agak bergelut untuk menyesuaikan diri, namun dia tetap berjaya menjaringkan gol selain mencipta banyak ­peluang buat rakan sepasukan.

“Malah, dia memiliki kepantasan dan kelincahan untuk menjadi penyerang utama yang saya anggap cukup mirip dengan penyerang Leicester City, Jamie Vardy. Apa yang pasti, dia adalah prospek masa depan pasukan dan masih muda.

“Namun, saya tidak menjadikan usia sebagai satu masalah kerana percaya dia boleh memikul tanggungjawab sebagai pe­nyerang utama pasukan musim ini,” katanya.

Dalam masa yang sama, ­Guardiola mengakui pasukannya berhak meraih kemenangan ke atas Arsenal dan tugas mereka bertambah mudah apabila pa­sukan lawan diarahkan beraksi dengan 10 pemain selepas Granit Xhaka dilayangkan kad merah pada babak pertama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI