fbpx

Enam pelajar sekolah antara ditahan berparti di inap desa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian remaja yang ditahan dalam Ops Private Party di sebuah inap desa di Alor Setar, awal pagi ini.

ALOR SETAR – Enam pelajar sekolah merupakan antara 15 individu yang ditahan kerana terlibat dalam parti tertutup yang diadakan di sebuah inap desa di Jalan Suka Menanti dekat sini, awal pagi ini.

Kesemua mereka berusia antara 15 hingga 22 tahun itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar dalam Ops Private Party kira-kira pukul 3.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mereka dipercayai menyewa inap desa tersebut pada harga RM200 untuk mengadakan parti tersebut.

“Ketika parti itu berlangsung, mereka turut memasang muzik dengan kuat sehingga mengganggu ketenteraman penduduk di situ,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kata beliau, polis turut menemui sepeket plastik lut sinar mengandungi empat biji pil berwarna ungu disyaki ekstasi. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI