fbpx

DUN Selangor lulus sidang secara hibrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Dewan Undangan Negeri ( DUN) Selangor hari ini telah meluluskan usul bagi membolehkan persidangan dijalankan secara hibrid pada masa akan datang.

Perkara itu diusulkan Datuk Teng Chang Khim (PH-Bandar Baru Klang) sebelum mendapat sokongan daripada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim berkata, usul tersebut dibuat sebagai persediaan menghadapi situasi bencana atau tidak dijangka yang boleh mengakibatkan sidang tidak dapat dilakukan secara bersemuka.

Katanya, menerusi kelulusan itu DUN Selangor dapat dijalankan secara hibrid meskipun berlakunya bencana atau pandemik lain pada masa akan datang.

“Jawatankuasa Peraturan Tetap yang dipengerusikan oleh saya sendiri akan bermesyuarat dalam tempoh dua minggu lagi bagi membincangkan pengisian usul ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua ADUN yang menyokong usul ini,” katanya pada sidang DUN Selangor hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI