fbpx

Demam, semput, oksigen tak normal, Aishah positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AISHAH mengesahkan dirinya kini dijangkiti Covid-19.

PETALING JAYA – Selepas mengalami gejala demam panas dan semput, penyanyi Aishah mengesahkan dirinya kini positif virus Covid-19.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 56, telah memuat naik sebuah video menerusi akaun Instagramnya yang menunjukkan dia sedang melakukan ujian calitan di rumahnya.

“Covid positif, tolong doakan kami,” tulisnya ringkas dalam Instagram.

Dalam pada itu Aishah yang cuba dihubungi Kosmo! bagaimanapun pun tidak dapat menjawab panggilan telefon kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

“Saya tidak larat untuk jawab telefon. Sekarang, saya sedang tunggu doktor datang untuk membuat penilaian sama ada saya boleh kuarantin di rumah atau perlu dirawat di pusat kuarantin,” tulisnya menerusi WhatsApp.

Menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram, keadaan Aishah terlihat mengah dan agak lemah.

Malah ketika pemeriksaan kesihatan dilakukan sebelum dibuat ujian calitan oksigen Aishah juga tidak berada pada tahap normal.

“Saya memang sudah ada penyakit asma dan sekarang mempunyai gejala seperti demam panas dan semput. Doakan saya supaya kuat dan cepat sembuh,” mohon Aishah.

Dalam pada itu, suaminya disahkan negatif manakala, dua anak lelakinya Armand Azhari, 28, dan Azhad Ahlami, 23, masih menunggu keputusan ujian calitan.

“Anak-anak akan dapat keputusan ujian calitan esok. Harap mereka negatif.

“Alhamdulillah, suami saya disahkan negatif, maknanya setakat ini saya seorang sahaja yang positif Covid dalam keluarga kami,” kata penyanyi Janji Manismu itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI