fbpx

Bekas penjual buah terlepas hukuman gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kui Fat dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Seorang bekas penjual buah menarik nafas lega apabila terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi hari ini meminda pertuduhan dihadapinya kepada memiliki dadah.

Hakim Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap tertuduh, Cheng Kui Fat,29, dari tarikh ditangkap 18 Mei 2019.

Nurulhuda dalam penghakimannya menegaskan tiada alasan kukuh dan saksi yang menyatakan jumlah berat itu adalah untuk tujuan pengedaran dadah.

“Maka, kamu dibebaskan pertuduhan mengedar dadah namun didapati bersalah kerana memiliki dadah ketamin,” katanya.

Mengikut pertuduhan asal, Kui Fat yang merupakan seorang duda itu didakwa telah mengedarkan dadah disyaki ketamin seberat 1,730.6 gram yang boleh disabitkan hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 39B (2) akta sama.

Bagi pertuduhan memiliki pula, dia didakwa mengikut Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan itu dilakukan di kawasan pelepasan antarabangsa (Link Bridge) Kastam, Aras 4 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pukul 5.20 petang pada 18 Mei 2019.

Peguam Anwar Ab. Raof mewakili tertuduh memohon hukuman minima dan berharap jalani hukuman dari tarikh anak guamnya ditangkap sebelum ini.

“Tertuduh insaf dan kesal serta memohon maaf dan ingin pulang ke kampung halaman di Negeri Sembilan bagi berbakti kepada orang tuanya,” jelasnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Heikal Ismail memohon hukuman setimpal mengikut Seksyen 12(2) ADB dan berdasarkan fakta tertuduh mengikat dadah pada badan untuk bawa luar negara.

Seramai tujuh saksi dikemukakan sepanjang pendakwaan manakala pihak pembelaan menerusi keterangan bersumpah tertuduh di kandang saksi. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI