PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Mohd. Hashim Dandai yang telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi.
Istana Negara menerusi laman Facebook memaklumkan, baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabah dan tabah menghadapi dugaan serta suasana pilu ini.
“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada masyarakat dan negara.
“Seri Paduka Baginda berdua turut menyifatkan permergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada negara,” kata Istana Negara hari ini.
Pada masa sama, baginda berdua turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.
Allahyarham yang berasal dari Semporna, pernah berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-8 dari tahun 1995 hingga 2002.
Selain itu, beliau juga sebelum itu pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ke-8 pada tahun 1994.-K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929