fbpx

30 nelayan kibar bendera atas bot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 30 bot nelayan yang dipasang dengan bendera Jalur Gemilang berarak di sepanjang Sungai Masai walaupun dalam hujan lebat sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke 64 di Kampung Pasir Gudang Baru, Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Kira-kira 30 nelayan tetap bersemangat mengibarkan bendera Jalur Gemilang meskipun dalam keadaan hujan lebat sambil menyusuri Sungai Kuala Masai, Pasir Gudang di sini, hari ini.

Program yang julung kali diadakan ini bertujuan menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 di Kampung Pasir Gudang Baru, Pasir Gudang walaupun berdepan dengan pandemik Covid-19.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Johor Intan Suhaila Othman berkata, bersempena dengan program ini juga telah diadakan sumbangan keperluan asas kepada para nelayan yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Kita sedar penularan Covid-19 ini menyebabkan para nelayan menghadapi kesukaran, dan kita akan bantu sedaya mungkin dengan bantuan dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Johor.

“Hari ini seramai 30 orang nelayan menerima bantuan dari LKIM bersempena dengan 50 tahun penubuhan bertepatan dengan tema hari kebangsaan Malaysia Prihatin,” katanya kepada Kosmo! sempena Sambutan Hari Kemerdekaan di Kampung Pasir Gudang Baru di sini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI