fbpx

Tiada pampasan jika guna benih padi tidak sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BAGAN SERAI – Kerajaan tidak akan bertanggungjawab terhadap tanaman padi yang rosak atau musnah sekiranya didapati menggunakan benih yang tidak sah atau diperolehi secara murah melalui sumber-sumber tertentu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Perladangan negeri Perak, Razman Zakaria berkata, tindakan sesetengah peswah yang menggunakan benih padi murah atau tidak sah adalah diluar kawalan pihaknya.

Namun katanya, jika berlaku masalah padi rosak seperti serangan penyakit, kerajaan tidak akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam soal pampasan.

“Di Perak, bekalan benih padi bagi musim 2/2021 dijamin mencukupi dan boleh dibeli pada bila-bila masa di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

“Bagaimanapun, tindakan segelintir pesawah yang masih menggunakan benih padi tidak sah yang diperolehi dari sumber tertentu dan diluar pengetahuan kita sebenarnya mengundang pelbagai risiko yang akan dihadapi mereka kelak,” katanya di sini hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI