fbpx

Tanah perkuburan mula diziarahi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Waris menziarahi kubur ahli keluarga, di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Gombak, di sini hari ini - Foto SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Orang ramai dilihat mula mengunjungi tanah perkuburan bagi menziarahi pusara ahli keluarga yang telah meninggal dunia dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Tinjauan Kosmo! Online ke Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur hari ini mendapati lokasi tersebut mula dikunjungi kumpulan serta individu yang ingin menziarahi pusara ahli keluarga mereka.

Ada di antara mereka yang hadir turut dilihat mengambil kesempatan membersihkan tempat persemadian kekal ahli keluarga mereka itu malah ada yang turut mengambil peluang membacakan surah Yassin.

Dalam tinjauan bermula pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari itu, kelihatan mereka yang hadir turut mengamalkan SOP yang telah ditetapkan seperti menjaga penjarakan sosial serta memakai pelitup muka.

Terdahulu, Kosmo! Online semalam melaporkan bahawa aktiviti ziarah kubur di setiap negeri dibenarkan sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) namun orang ramai perlu mematuhi segala SOP ditetapkan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, pihaknya tidak menetapkan sebarang SOP khusus kepada orang ramai untuk menziarahi tanah perkuburan.

“Sebelum ini MKN ada mewujudkan SOP ziarah kubur namun ia dikaitkan ketika musim perayaan dan aktiviti tersebut tidak menjadi satu isu serta dibenarkan di luar musim perayaan.

“Jadi, aktiviti ziarah kubur dibenarkan dan ia mestilah tertakluk kepada SOP am yang diterbitkan kerajaan dari semasa ke semasa,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI