fbpx

Suspek sorok mayat mangsa rogol, liwat direman seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dibawa ke sebuah rumah teres di Taman Seruling Emas, Nibong Tebal hari ini.

SEBERANG PERAI – Suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian rogol dan liwat serta menyebabkan kematian seorang wanita berusia 40 tahun di sebuah rumah di Taman Seruling Emas, Nibong Tebal di sini semalam ditahan reman selama seminggu bermula hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern, suspek berusia 29 tahun itu direman sehingga Sabtu depan bagi membolehkan siasatan lanjut.

“Suspek sebelum itu ditahan kira-kira pukul 10 malam tadi selepas polis menerima laporan berhubung kejadian itu semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, polis hari ini telah membawa semula suspek ke lokasi kejadian dipercayai bagi mengumpul maklumat lanjut.

Suspek yang mengenakan baju lokap sambil diiringi polis itu dilihat beredar dari kediaman teres dua tingkat tersebut dengan sebuah kereta polis sejurus siasatan selesai kira-kira pukul 1.40 tengah hari.

Terdahulu, portal Kosmo! Online melaporkan seorang wanita ditemui mati dalam keadaan tragis apabila mayatnya dijumpai di bawah katil selepas dirogol dan diliwat di sebuah rumah di Taman Seruling Emas semalam.

Suspek dipercayai memecah masuk melalui tingkap belakang rumah mangsa kira-kira pukul 2 pagi sebelum merogol dan meliwat mangsa yang sedang tidur di dalam bilik di tingkat bawah.

Mangsa ditemui mati selepas suspek disyaki menyumbat mulutnya dengan seluar dalam selain menekup mulutnya dengan tangan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI