fbpx

Spurs rampas takhta pendahulu EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Son Heung-min meraikan gol tunggal perlawanan untuk membantu Spurs meraih kemenangan ketiga berturut-turut musim ini.

LONDON – Pasukan Tottenham Hotspur merampas kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mengekalkan rekod kemenangan bersih dengan menewaskan Watford 1-0 pada saingan sebentar tadi.

Beraksi di laman sendiri, skuad kendalian Nuno Espirito Santo itu membariskan kesebelasan terbaik termasuk kehadiran semula penyerang utama, Harry Kane untuk digandingkan dengan Son Heung-min di jentera serangan.

Keputusan tersebut ternyata membuahkan hasil apabila Spurs dilihat mudah mendominasi saingan pada awal perlawanan untuk memberi kesukaran buat pendatang baharu EPL itu.

Heung-min muncul wira buat pasukan tuan rumah selepas meledak gol menerusi rembatan percuma yang dilakukan pada minit ke-41 untuk memastikan Spurs melakar kemenangan ketiga berturut-turut.

Pasukan Watford berusaha untuk bangkit pada babak kedua dalam usaha mencuri mata berharga tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu, di Stadium Turf Moor, Burnley gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas terikat 1-1 dengan Leeds United sebentar tadi.

Gol jaringan Burnley dilakukan oleh Chris Wood pada minit ke-61 manakala Patrick Bamford memastikan pasukan pelawat tidak pulang dengan tangan kosong menerusi jaringan pada minit ke-86. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI