PEMERGIAN Allahyarham Siti Sarah memberi impak besar terhadap masyarakat khususnya buat peminat dan rakan industri hiburan tanah air.
Paling dirasai sudah pastilah si suami, Shuib dan anak-anaknya.
Ramai yang mendoakan agar Shuib terus kuat menghadapi dugaan kehilangan termasuklah menjaga anak bongsunya, Ayash Affan.
Rupa-rupanya dalam diam, pelawak itu memberitahu dia sudah mempunyai perancangan untuk mendekatkan Ayash dengan bidang hafazan al-Quran dalam tempoh tiga tahun lagi.
“Kami ada juga rancang untuk anak saya, Ayash. Kalau boleh ketika umurnya tiga atau empat tahun, saya nak dekatkan dia dengan tahfiz atau menjadi seorang al-hafiz,” kongsi Shuib.
Sejuk hati mendengar perancangan Shuib untuk anak bongsunya yang kini masih dirawat di hospital sejak dilahirkan pramatang pada 6 Ogos lalu.
Semoga Ayash membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti untuk ayah dan arwah ibunya. Tak sabar nak lihat wajah Ayash yang dijangka keluar dari hospital tidak lama lagi.
DIVA: Shuib suka genggam tangan anak sulungnya, Uwais Alqarni kerana rasanya sama seperti genggaman arwah isteri.