PETALING JAYA – Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjat Kamaruddin atau Sajat sedih dengan ‘pembuli siber’ yang mengatanya dengan ayat dan perkataan yang tidak elok kerana semua itu sudah boleh difahami oleh dua anak kembarnya.
Kata Sajat, anak kembarnya itu kini berusia enam tahun sudah boleh membaca dan pernah melihat di media sosial perkataan yang tidak elok yang dilemparkan kepadanya selama ini.
“Anak saya tahun depan darjah 1, mereka sudah pandai membaca, pernah tanya saya apa maksud perkataan itu dan ini, saya sedih, tidak mahu mereka dibuli seperti saya ketika kecil,” ujarnya ketika Live di Instagramnya semalam.
Sajat yang beberapa mengesat air matanya ketika bercerita mengenai anak kembarnya itu, tidak mahu perkara yang dilaluinya ketika kecil berlaku kepada kedua-dua anak yang dijaganya itu.
“Saya penjaga mereka sekarang, saya sayang mereka, apabila ada orang tulis, mak kau begitu, mak kau begini dan mereka tanya saya balik, saya jadi sedih, tidak mahu mereka trauma dengan dunia media sosial,” ujarnya.
Tambah Sajat, disebabkan itu dia mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan lagi kedua-dua anaknya itu di media sosial lagi dan biarlah kedua-duanya hidup seperti orang lain.
“Saya mahu beri didikan yang terbaik kepada mereka tanpa meminta balasan, sebagai penjaganya, saya akan melindungi mereka agar tidak trauma dengan dunia media sosial dan dapat hidup macam kanak-kanak biasa,” ujarnya.
Berita berkaitan: ‘Saya ada di Danga Bay, Johor saja’
Malam tadi, melalui live itu juga Sajat turut mendedahkan mengenai tempat tinggalnya kini di Danga Bay, Johor.
“Mana ada saya lari ke luar negara, tidak faham orang kata saya lari, saya tidak lari, saya ada di Danga Bay, Johor sahaja,” ujarnya.
Terdahulu, pada 23 Februari lalu, usahawan kosmetik itu dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula kes berhubung menghina Islam.
Kosmo! pada 26 April lalu melaporkan Nur Sajat berkemungkinan berada di luar negara selepas mengetahui Polis Selangor bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengesannya -K! ONLINE
Berita berkaitan: Sajat diberi notis bankrap selepas gagal bayar ganti rugi