fbpx

Ramai tahap empat, lima maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kuarantin rumah hanya ­untuk tahap satu dan dua, tetapi boleh bertukar ke kategori lebih tinggi. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pesakit Co­vid-19 tahap empat dan lima yang belum menerima atau tidak melengkapkan suntikan dua dos vaksin dilaporkan menjadi pen­yumbang utama kepada peningkatan angka kematian akibat virus maut itu.

Pakar Perunding Perubatan, Kecemasan dan Trauma, Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr. Alzamani Mohammad Idrose berkata, kebanyakan kes pesakit tahap empat dan lima yang maut melibatkan mereka yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

“Kebanyakan kes kritikal sama ada dalam kategori empat dan lima terdiri daripada mereka yang belum menerima suntikan vaksin atau tidak melengkapkan sebanyak dua dos.

“Pesakit di ICU juga majori­tinya belum divaksin atau tidak cukup dua dos, ini menyebabkan ada kes kematian dalam kalangan mereka,” katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

Dr. Alzamani

Mengambil contoh kes kematian akibat Covid-19 di Indonesia, Dr. Alzamani berkata, angka maut di negara itu dilaporkan melebihi tiga kali ganda dalam kalangan pesakit yang belum divaksin.

“Di Amerika pula, 95 peratus angka kematian dalam tempoh enam bulan terakhir ini melibatkan individu yang tidak menerima suntikan vaksin.

“Justeru, masyarakat harus memahami konsep dimana seseorang hanya dilaporkan lengkap divaksin selepas 14 hari menerima dos kedua, jika belum, mereka masih berisiko kritikal seperti tidak menerima suntikan,” jelasnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai keberangkalian pesa­kit tahap satu dan dua yang menjalani kuarantin di rumah boleh berada pada tahap kritikal, Dr. Alzamani menjelaskan, risikonya masih ada.

“Kuarantin rumah hanya ­untuk tahap satu dan dua, tetapi boleh bertukar ke kategori lebih tinggi. Sebab itu, orang ramai ­dinasihatkan membeli ‘pulse ­oxymeter’ untuk semakan kendiri.

“Jika paras oksigen kurang daripada 95 peratus, mereka perlu ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) atau hubungi talian kecemasan jika sesak nafas,” tegas­nya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI