fbpx

PKPD Mukim Paka: Penjaja terus beroperasi ditegur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baharudin memeriksa sebuah kereta yang melalui SJR Paka, Dungun hari ini.

DUNGUN – Segelintir penjaja di sekitar Paka di sini dikesan mengingkari prosedur operasi standard (SOP) dengan masih berniaga di tepi jalan biar pun mukim itu kini sedang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan golongan itu masih keliru dengan SOP PKPD yang baru dikuatkuasakan di mukim berkenaan sejak semalam.

“Alasan paling banyak kami terima sewaktu pemeriksaan dilakukan ialah penjaja terbabit mendakwa keliru dan tidak mengetahui SOP berkenaan.

“Sehubungan itu, kami mendapati pendekatan memberi nasihat kepada mereka pada dua hari pertama pelaksanaan PKPD ini,” katanya ketika memantau perjalanan PKPD Mukim Paka di sini hari ini.

Abdullah berkata, tindakan tegas termasuk mengeluarkan kompaun akan diambil terhadap golongan penjaja terbabit sekiranya mereka terus berdegil untuk berniaga di tepi jalan lagi mulai hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI