fbpx

Pembuat batu nisan tidak menang tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAJA FAIZUDIN menunjukkan contoh batu nisan dan belindan yang sudah siap ditempah pelanggan di kedainya di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Pengusaha perniagaan batu nisan dan belindan di Jalan Sultanah Zainab di sini mengakui mereka kini tidak menang tangan menerima tempahan itu sejak sebulan lalu.

Raja Faizudin Raja Sulaiman, 43, berkata, dia menerima sebanyak lima hingga 10 tempahan setiap hari daripada pelanggan di daerah ini dan Tumpat.

Katanya, kebanyakan pe­langgannya terdiri daripada ahli keluar­ga mangsa jangkitan Co­vid-19 di negeri ini.

“Peningkatan tempahan menyebabkan saya dan dua adik perlu menyiapkan kedua-dua kelengkapan itu dengan segera.

“Meskipun jumlah mangsa Covid-19 di Kelantan tidak terlalu tinggi, namun tetap ada kes kematian setiap hari. Disebabkan itu, saya tidak putus mene­rima tempahan batu nisan dan belindan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di premisnya di sini semalam.

Menurut Raja Faizudin yang sudah 20 tahun membuat batu nisan dan belindan, pandemik Covid-19 yang dilalui ketika ini merupakan keadaan yang paling tidak terkawal apabila dia ba­nyak me­nerima tempatan secara mengejut setiap hari.

Katanya, tidak cukup dengan tempahan secara dalam talian, ramai ahli keluarga mangsa Co­vid-19 bertemu dengannya agar tempahan disiapkan segera.

“Harga jualan batu nisan dan belindan pula tidak tetap dan boleh dijual RM200 ke atas. Saya tidak menekan pelanggan selain harga yang ditetapkan adalah mengikut tempahan dan permintaan pelanggan.

“Ada ahli keluarga mangsa Covid-19 yang kurang bekemampuan datang dan saya memberikan harga istimewa mengikut kemampuan mereka,” katanya.

Menurut Raja Faizudin, melihat kepada pertambahan tempahan ketika ini, dia bercadang untuk menyediakan peruntukan dalam usaha membantu golo­ng­an asnaf yang tidak mampu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI