fbpx

Pandai Ain Edruce jaga badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIN EDRUCE sempat keluar berjogging sambil menyorong bayinya.

SEJAK bergelar ibu kepada seorang cahaya mata perempuan, Ain Edruce semakin cantik dan berseri-seri.

Rata-rata peminatnya turut memuji pengacara bersuara serak basah itu kerana pandai menjaga keterampilannya.

Bahkan, ada juga yang memuji Ain kerana dapat mengembalikan semula bentuk tubuhnya yang langsing selepas melahirkan cahaya mata sulung sekitar Mei lalu.

Pun begitu, ada yang berpendapat sebaliknya apabila segelintir peminatnya menyuruh Ain supaya tidak menurunkan lagi berat badan sehingga kelihatan terlalu kurus.

Betul juga apa yang disuarakan netizen. Kalau kurus sangat pun nampak tak sesuai sebab Ain tinggi orangnya.

Tapi apa-apa pun, Diva memang kagum dengan Ain sebab ambil berat soal penjagaan diri. Biasalah, ibu-ibu biasanya selepas bersalin bentuk badan ‘lari’ sikit.

DIVA: Tertunggu-tunggu penggumuman Neelofa, asyik mengah saja sekarang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI