fbpx

Orang ramai sebak, lelaki tunjuk ‘rumah baru’ mak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dari video yang dikongsi pemuda tersebut di Facebook baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Kehilangan orang yang tersayang terutamanya individu bergelar ibu amat memberi kesan kepada semua orang.

Baru-baru ini seorang pemuda @Paksu..yash memuat naik satu video berdurasi 59 saat di media sosial Facebooknya yang menyatakan telah sebulan tidak pulang ke rumah dan tidak sabar untuk memeluk ibunya.

Bagaimanapun, sebaik tiba di rumah, ibunya tiada dan lelaki terbabit mencari di setiap penjuru rumah bagi melepaskan rasa rindu kepada ibunya.

“Sebulan tak balik rumah, tak sabar nak peluk mak. Niat nak buat kejutan tapi mak tiada di rumah. Selepas puas mencari baru teringat yang mak dah berpindah ke ‘rumah baru’.

“Adik nak cakap, adik rindu mak. Rumah kita sunyi suram tanpa mak sekarang,” katanya di dalam video berkenaan.

Lelaki terbabit juga telah pergi menunjukkan ‘rumah baru’ ibunya yang telah pergi untuk selama-lamanya di sebuah tanah perkuburan sekitar Baling, Kedah.

Video tersebut telah mendapat 173,000 tontonan dan 11,000 reaksi. Orang ramai turut meluahkan rasa sedih dan sebak selepas melihat video yang dimuat naik tersebut.

Salah seorang pengguna Facebook, @SuriaDarisak berkata, rindu terhadap individu yang masih hidup berbeza dengan individu yang telah pergi untuk selama-lamanya.

“Rindu pada yang masih hidup boleh tengok dari jauh tapi rindu pada yang telah pergi, sakitnya tak tertanggung,” jelasnya.

Sementara @UjangSenang berkata, kepada individu yang mempunyai ibu, hargailah mereka sementara mereka masih hidup.

“Yang masih ada emak itu, hargailah mereka. Jangan bila dah tiada baru nak menyesal. Hanya orang yang telah kehilangan saja yang tahu betapa rindunya nak panggil nama emak itu,” ujarnya. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI