PETALING JAYA – Peruncit barangan pembaikan rumah terbesar negara, MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.) menyumbang lima paparan (monitor) tanda penting kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Sumbangan peralatan perubatan yang digunakan petugas kesihatan untuk mendapatkan bacaan tepat mengenai tanda penting pesakit itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Stay Safe, Malaysia yang dilancarkan Kumpulan pada Mac 2020 bagi menyokong perjuangan menentang pandemik.
Pengerusinya, Datuk Azlam Shah Alias berkata, pandemik telah mengakibatkan perkhidmatan kesihatan nasional mencapai tahap maksimum dan sebagai jenama tempatan, pihaknya mahu menyokong setakat mana yang termampu.
“Menyediakan peralatan dan sokongan diperlukan sistem kesihatan negara adalah salah satu kaedah kami menghulurkan bantuan.
“Kami berbesar hati untuk menyokong pasukan di PPUM dan sangat berterima kasih atas segala usaha mereka dalam membantu rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
MR D.I.Y. sebelum ini telah bekerjasama dengan PPUM pada 2020 bagi mewujudkan The Zone, sebuah bilik pelbagai guna untuk dimanfaatkan kakitangan PPUM.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman e-dagang MR D.I.Y., www.mrdiy.com atau saluran media sosial mereka di Facebook dan Instagram. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929