fbpx

KL City terus kebal tanpa kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KL CITY kini berjaya merekodkan tiga kemenangan berturut-turut dengan terbaharu menang 1-0 ke atas TFC di Cheras malam tadi. - Foto FB KUALA LUMPUR CITY

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur (KL) City FC melebarkan rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan Liga Super berturut-turut selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Terengganu FC (TFC) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Ia juga adalah kemenangan ketiga berturut-turut The City Boys yang terdahulu berjaya menewaskan Sri Pahang FC 2-0 dan Petaling Jaya (PJ) City 1-0.

Skuad bimbingan Bojan Hodak itu ternyata berada dalam kelas tersendiri biarpun banyak bermain secara bertahan bagi memastikan TFC gagal meleburkan rekod tanpa kalah mereka dalam 10 aksi Liga Super.

Sebagai rekod, kali terakhir KL City kalah adalah kepada Kedah Darul Aman (KDA) FC dengan keputusan 2-3 di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 23 April lalu.

Kapten KL City, Paulo Josue muncul wira pasukan apabila meledak gol tunggal yang merupakan jaringan kemenangan selepas melakukan rembatan susulan menewaskan penjaga gol TFC, Mohd. Suhaimi Husin pada minit ke-29.

Pujian juga patut diberikan kepada penjaga gol KL City dari Filipina, Kevin Ray Mendoza yang seharusnya diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan tersebut.

Mendoza begitu cemerlang memastikan gawang KL City tidak dibolosi terutama apabila menafikan beberapa percubaan berbahaya daripada anak-anak buah Nafuzi Zain pada tempoh 10 minit terakhir permainan.

Kemenangan itu menyaksikan KL City di tangga keenam ketika ini ketinggalan tiga mata sahaja lagi dengan musuh tradisi, Selangor FC yang berada pada tempat kelima.

Bagi TFC yang kekal di tangga ketiga, ini adalah kekalahan kedua berturut-turut buat mereka selepas tewas 1-2 kepada KDA FC sebelum ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI