fbpx

Fikry Ibrahim sangat menjaga aurat ibunya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT bersahaja Fikry yang beberapa kali menarik lengan baju ibunya dalam sebuah rakaman video baru-baru ini.

BEBERAPA bulan lalu tular cabaran ‘cerita aktiviti harian saya’ dalam media sosial.

Tidak ketinggalan menyahut cabaran tersebut ialah Fikry Ibrahim yang baru-baru ini memuat naik sebuah video bersama ibunya.

Sepanjang video tersebut, Fikry mereka cerita mengenai aktiviti hariannya di kampung halaman.

Namun, bukan pembohongan Fikry yang menjadi perhatian netizen tetapi tindakan pelakon itu yang menutup aurat ibunya pula dipuji ramai.

Terbalik pula kesnya. Video tentang ‘berbohong’ tetapi dapat pujian pula.

Dalam video tersebut, netizen memuji Fikry apabila beberapa kali menarik lengan baju ibunya untuk menutup pergelangan tangan yang terdedah.

“Saya nak pujilah, bagus sangat tolong tutup aurat mak. Terbaik, boleh jadi contoh untuk orang ramai,” puji seorang pengguna Instagram.

“Anak yang baik. Sangat menjaga aurat ibunya,” komen seorang lagi pengikut Instagramnya.

Jarang sungguh hendak dengar pujian mengenai pelakon lelaki menjaga aurat ibunya. Harap apa yang dilakukan Fikry menjadi contoh baik kepada semua lelaki di luar sana.

DIVA: Ada netizen nak beri gelaran hero Malaya kepada Fikry selepas Remy kahwin. Hitam manis katanya!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI