fbpx

Datuk Seri Lajim Ukin meninggal dunia akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan takziah yang dimuat naik di laman Facebook Ismail.

PETALING JAYA – Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Seri Lajim Ukin meninggal dunia kira-kira pukul 6.23 pagi tadi akibat komplikasi jangkitan Covid-19.

Perkara tersebut disahkan oleh Pegawai Khas kepada Lajim, Ismail Norazman menerusi satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Beliau berkata, Lajim menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital swasta dan jenazah beliau akan dibawa ke kampung halamannya di Kampung Kebatu, Beaufort untuk disemadikan.

“Terima kasih untuk segala doa kalian, semoga Allah menempatkan beliau dikalangan hambanya yang soleh disisiNya kelak, diampunkan segala dosa dan diterima segala amal kebaikannya di dunia, al-Fatihah,” tulisnya pada hantaran di laman Facebook hari ini.

Terdahulu, Lajim yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disahkan positif Covid-19 sejak 12 Ogos lalu dan dimasukkan ke hospital swasta bermula 13 Ogos.

Namun, keadaan kesihatan beliau semakin merosot dan pihak hospital mengambil keputusan untuk tidurkan beliau bermula Selasa lalu.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI