fbpx

13 samseng jalanan dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara aksi berbahaya yang dilakukan penunggang motosikal dalam Operasi Samseng Jalanan.- Foto : Ihsan JSPT KL

KUALA LUMPUR – Seramai 13 lelaki ditahan selepas disyaki menunggang motosikal secara berbahaya dalam Operasi Samseng Jalanan di sekitar ibu negara di sini pada Sabtu dan awal pagi tadi.

Operasi Samseng Jalanan tersebut telah dijalankan di tiga lokasi membabitkan Jalan Bangsar, Lebuh raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), dan Lebuh Raya Duta–Ulu Kelang (DUKE).

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, operasi tersebut telah dilakukan dengan tujuh Pegawai Kanan dan 46 anggota dari Unit Penguatkuasaan dan Risikan Operasi JSPT KL.

“Kita telah menahan seorang lelaki di Jalan Bangsar dan merampas sebotol air dipercayai mengandungi air rebusan ketum manakala di AKLEH, lima lelaki telah ditahan kerana menunggang motosikal dengan cara berbahaya.

“Sementara tujuh lagi telah ditahan ketika sedang melakukan aksi ‘Superman’ dan bersaing antara satu sama lain di Lebuh Raya DUKE. Siasatan awal mendapati mereka bekerja sebagai penghantar makanan, pekerja am, pemandu peribadi, pekerja restoran dan penganggur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sarifudin memberitahu, kesemua tangkapan berusia dalam lingkungan 17 hingga 33 tahun dan akan dituduh dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

“Menerusi operasi terbabit, polis juga telah membuat tangkapan terhadap seorang remaja berusia 15 tahun kerana menukar nombor pendaftaran asal kepada nombor pendaftaran palsu.

“Hasil semakan, dua daripada yang ditahan mempunyai rekod lampau dan polis juga telah mengeluarkan 978 saman atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi terbabit dijalankan,” jelasnya. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI