fbpx

Tiada parti dominan punca Kabinet tidak banyak berubah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (kiri) memegang bendera sebagai simbolik melepaskan lori membawa bantuan bekalan air kepada penduduk Kuala Nerus dan Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA NERUS – Perubahan yang tidak ketara pada senarai Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam sesuatu yang sudah dijangka dan sukar dielak.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, senario itu berlaku kerana kerajaan yang ditubuhkan tidak memiliki majoriti besar di Dewan Rakyat.

“Setiap parti (yang menyokong Perdana Menteri) mengemukakan calon yang perlu dipertimbang dan sudah pasti keputusannya tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

“Ini yang terjadi apabila tiada kerajaan dominan yang memiliki majoriti (besar). Situasi ini tidak pernah dialami Barisan Nasional (BN) sepanjang memerintah (sebelum tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-14),” katanya di sini.

Terdahulu, beliau hadir membawa bantuan bekalan air kepada penduduk Kuala Nerus dan Kuala Terengganu yang terjejas akibat krisis air, hari ini.

Jelasnya, segelintir pihak boleh mendakwa Kabinet baharu tersebut sebagai ‘kitar semula’ tetapi itulah hakikat yang perlu diterima semua pihak.

Ujar beliau, apa yang lebih penting pemimpin yang terpilih perlu bekerja keras dan lebih fokus membantu rakyat menangani isu Covid-19, ekonomi, pengangguran dan peningkatan kes bunuh diri.

Kosmo! hari ini melaporkan Ismail Sabri mengumumkan barisan Kabinet baharunya yang merangkumi 31 menteri dan 38 timbalan menteri dengan sebahagiannya hanya bertukar portfolio yang disandang mereka sebelum ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI