fbpx

Selangor FC berputih mata, UiTM FC menang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain-pemain Selangor meraikan jaringan pada perlawanan Liga Super Selangor menentang Melaka, di Stadium MBPJ, di sini hari ini. /FOTO SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Hasrat pasukan Selangor FC untuk meneruskan momentum kemenangan selepas terikat 1-1 bertemu Melaka United di Stadium MBPJ sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad Gergasi Merah yang dibimbing oleh Karsten Neitzel mempamerkan kelas tersendiri apabila membuka jaringan seawal minit ke-18 hasil ledakan pemain import, Hein Htet Aung.

Namun, momentum pasukan tuan rumah tersekat apabila pemain pertahanan, Ashmawi Yakin dilayangkan kad merah pada minit ke-27 sekali gus memberi kelebihan buat skuad Hang Jebat untuk membuat kebangkitan.

Selepas berjaya bertahan dengan 10 pemain hampir sebahagian besar perlawanan, skuad Selangor terpaksa berputih mata apabila pasukan pelawat menyamakan kedudukan pada masa kecederaan hasil ledakan Manuel Ott sekali gus menyaksikan eputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu, di Stadium UiTM, Shah Alam, pasukan UiTM FC mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri selepas menewaskan Sabah FC dengan kemenangan 4-0.

Gol-gol jaringan The Lion Troops dilakukan oleh Kwon Hyong-yun pada minit ke-15, Joel Vinicius (m-17) dan dua gol ledakan Sean Gan Gianelli (m-59 dan m-66). – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI