fbpx

PM pertimbang pencen kepada semua bekas tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika melakukan lawatan ke Eksesais Para Predator Siri 1/2021 di Pesisir Sungai Pahang berhampiran Kampung Batu Bor, di sini hari ini.

BERA – Kerajaan bercadang untuk memberikan pencen kepada semua bekas anggota tentera termasuklah yang tidak cukup tempoh pencen bagi menjaga kebajikan veteran tentera di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa ini kajian terperinci sedang dilakukan dalam pelbagai aspek termasuklah mendapatkan maklumat bekas-bekas tentera yang telah menamatkan perkhidmatan awal.

“Sekarang sesiapa pencen awal sebelum 21 tahun mereka tidak ada pencen, ini menyebabkan mereka menjadi veteran dan tidak ada pendapatan.

“Walaupun ada Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) yang melatih tentera sebelum bersara tetapi tidak semuanya berjaya dalam perniagaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan ke Eksesais Para Predator Siri 1/2021 di Pesisir Sungai Pahang berhampiran Kampung Batu Bor, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain.

Menurut beliau, kajian sedang dilakukan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan bagi merealisasikan pemberian pencen kepada semua bekas anggota tentera.

Dalam pada itu, jelasnya, meskipun aset pertahanan negara mencukupi, kerajaan akan terus menambah baik aset pertahanan negara termasuk aspek persenjataan berdasarkan kepada teknologi terkini.

“Jadi apa yang dilihat hari ini (Eksesais Para Predator) jelas menunjukkan bahawa walau dalam keadaan aman sekali pun kita tida boleh leka sebab itulah eksesais yang besar seperti ini boleh dilakukan dari semasa ke semasa,” ujarnya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI