fbpx

Patah hati, peminat ‘minum’ cecair peluntur, potong kek nama Remy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar aksi seorang pengguna TikTok yang memadam nama Remy di atas sebiji kek.

CERITA tentang segelintir peminat wanita yang kecewa apabila Remy Ishak bernikah masih belum berakhir.

Pelbagai jenis video dimuat naik oleh peminat dalam media sosial bagi mengekspresikan kekecewaan mereka.

Paling menarik perhatian ialah perkongsian seorang wanita yang berlakon seperti meneguk cecair peluntur pakaian dan memadam nama Remy yang tertulis di atas kek.

“Selamat tinggal pujaan hati dinda,” tulis pemilik akaun TikTok, Hannan Mubarak .

Media sosial juga dibanjiri dengan luahan rasa kecewa peminat. Ada yang reda dan ‘harapan’ mereka kini teralih arah kepada Zul Ariffin.

Berita perkahwinan Remy juga tular sehingga nama aktor itu sohor kini dalam Twitter selama dua hari.

Kemuncak sensasi pernikahan Remy ditambah dengan pemberian beberapa bungkusan hadiah istimewa daripada Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Namun hadiah berkenaan masih menjadi tanda-tanya apabila dia masih belum berkongsi mengenainya kepada umum.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI