fbpx

‘Jangkitan melalui parcel sangat tipis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pakar kesihatan mengesahkan risiko jangkitan Covid-19 melalui bungkusan barangan mahupun makanan yang dibeli secara fizikal atau dalam talian adalah sangat tipis.

Pensyarah Kanan Program Mikrobiologi Institut Sains Bio­logi Fakulti Sains Universiti Malaya, Dr. Jasmine Elanie Khairat berkata, kes-kes di mana virus Covid-19 dikesan di permukaan bungkusan adalah sangat kecil berikutan virus Covid-19 sensitif terhadap keadaan persekitaran.

“Memang ada kebarangkalian untuk virus SARS berada pada bungkusan makanan, tetapi risiko untuk berjangkit sangat tipis. Malah, kes yang dilaporkan di Ganzhou, China baru-baru ini juga, pekerja-pekerja yang ­terlibat juga disaring negatif Co­vid-19.

“Virus Covid-19 sensitif terhadap keadaan seperti suhu persekitaran, sinar UV dan kelembapan serta tidak dapat bertahan lama di luar badan manusia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Ditanya bagaimana dengan kebarangkalian jangkitan sekiranya kedua-dua pengirim dan pene­rima bungkusan masih belum divaksin, Jasmine Elaine berkata risikonya juga masih tipis.

Sementara itu, Pensyarah dan Pakar Perubatan Kecemasan, Universiti Sains Malaysia, Dr. Afifah Sjamun Sjahid berkata, virus Covid-19 merebak melalui titisan air yang keluar dari mulut atau hidung yang mengandungi virus itu akan keluar dan boleh tersebar sejauh satu meter.

“Covid-19 boleh merebak ketika individu yang dijangkiti Covid-19 itu batuk, bersin, bercakap, menyanyi atau bernafas. Oleh sebab itu, kita dikehendaki menggunakan pelitup muka dan menjaga jarak melebihi satu meter antara sama lain,” tambah beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI