fbpx

Gunakan istilah parti pengimbang, bukan pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang Sariyan

PETALING JAYA – Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr. Awang Sariyan mencadangkan agar istilah parti pengimbang digunakan bagi merujuk kepada pihak pembangkang.

Beliau berkata, penggunaan istilah itu adalah bagi mencapai makna yang lebih luhur serta bertujuan menjadikan politik lebih harmonis.

“Sapaan Yang Berhormat lebih tepat digantikan dengan Yang Berkhidmat. Hamba telah menggunakan sapaan itu kepada menteri tertentu sebelum ini atas dasar keakraban,” katanya menerusi satu entri di Facebook hari ini.

Cadangan tersebut dipersetujui pengikut laman Facebooknya yang berkata, penamaan itu adalah suatu tindakan yang tepat.

Mohamad Musip berkata: “Sangat bersetuju Datuk Seri. Penamaan amat berfungsi mempengaruhi psikologi pengucap bahasa.”

Menurut WM Yusof Wan Chik pula: “Ya, lebih mendekati roh Islam. Pembangkang itu hanya kepada yang cuba menggugat perlembagaan.”

Begitu juga dengan W.H. Pui yang berkata, penggunaan istilah parti pengimbang adalah lebih lembut dan bersifat pujukan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI