fbpx

Espargaro sambar petak hadapan GP British

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Espargaro akan memulakan perlumbaan GP British esok di petak hadapan.

SILVERSTONE – Pelumba pasukan Repsol Honda, Pol Espargaro akan bermula di petak hadapan pada perlumbaan Grand Prix (GP) British di Litar Silverstone yang dijadualkan berlangsung esok.

Pada sesi kelayakan sebentar tadi, pelumba dari Sepanyol itu melakukan catatan masa terbaik 1:58.889 saat (s), sekali gus menempah petak hadapan pertamanya musim ini.

Meskipun memulakan aksi dengan agak perlahan, namun dia berjaya mendapatkan rentak tunggangan ketika penghujung sesi kelayakan dan berjaya memintas kedudukan pelumba Ducati, Francesco Bagnaia.

Bagaimanapun, Espargaro terpaksa mengharapkan tuah selepas catatan masa 1:58.008s yang dicatatkan pelumba Pramac Racing, Jorge Martin dibatalkan selepas dia melepasi had trek dan terpaksa bermula di petak keempat.

“Saya sangat gembira dan meraikan keputusan hari ini seolah-olah seperti menang perlumbaan. Bagi saya, ia perkara biasa kerana saya berdepan aksi sukar sepanjang musim ini.

“Memulakan perlumbaan esok di petak hadapan boleh menjadi pembakar semangat untuk saya bagi baki saingan musim ini. Kerja keras yang dilakukan selama ini akhirnya membuahkan hasil,” kata Espargaro sejurus tamat saingan.

Mengiringi Espargaro di barisan hadapan esok adalah Bagnaia yang berada di petak kedua diikuti pendahulu kejuaraan dunia musim ini dari Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI