fbpx

Arsenal siap sedia hadapi misi mustahil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arteta (tengah) berharap Arsenal mampu melakar kejutan di Etihad awal pagi esok. – TWITTER ARSENAL

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mencabar anak-anak buahnya untuk menyempurnakan misi yang dianggap mustahil dalam usaha meraih kemenangan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang juara bertahan, Manchester City di Etihad malam ini.

Sebagai rekod, Arsenal mengharungi saingan permulaan EPL dengan ‘langkah kiri’ apabila tewas dua perlawanan berturut-turut kepada Brentford dan Chelsea sekali gus menduduki kelompok bawahan liga kini.

Kata Arteta, barisan pemainnya kini sudah bersedia untuk mencipta kejutan ke atas skuad kendalian Pep Guardiola itu apabila berjaya mendapat suntikan moral selepas menang 6-0 pada aksi pusingan kedua Piala Liga England ke atas West Brom kelmarin.

“Secara fizikal dan mental, saya percaya pemain sudah bersedia untuk mengharungi aksi getir bertemu City nanti dan berharap agar pemain tidak terlalu menghormati pasukan lawan.

“Di atas padang, apa sahaja boleh berlaku dan apa yang pen­ting kami tidak mensia-siakan peluang terhidang serta memberikan tumpuan penuh jika berhasrat untuk mencuri mata berharga di tempat lawan,” katanya.

Sementara itu, Arteta turut mengesahkan dua pemain yang masih dikaitkan untuk berhijrah sebelum jendela perpindahan ditutup minggu depan seperti Sead Kolasinac dan kapten pasukan, Pierre-Emerick Aubameyang akan kekal bersama pasukan.

“Buat masa ini Kolasinac dan Aubameyang memberikan seratus peratus pada sesi latihan kerana mereka berdua adalah pemain kami,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI