fbpx

859 kompaun kes peniaga gagal patuh SOP 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota KPDNHEP berpakaian biasa melakukan pemeriksaan di bawah Op Samar untuk memastikan premis perniagaan mematuhi SOP PPN.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengeluarkan 859 kompaun bernilai RM4.56 juta terhadap pesalah yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di bawah Akta 342.

Jumlah kompaun itu berdasarkan pemeriksaan ke atas 746,645 premis di seluruh negara sejak penguatkuasaan terhadap pematuhan Akta 342 dari 13 Mei tahun lalu hingga 26 Ogos lalu.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP, Shamsul Nizam Khalil berkata, daripada 859 kompaun yang dikenakan, 20 daripadanya adalah di bawah Ops Samar dengan nilai RM107,000.

Beliau berkata, lebih 2,200 anggota penguat kuasa di seluruh negara digerakkan di bawah Op Samar untuk melakukan penyamaran dengan berpakaian biasa bagi memastikan premis-premis perniagaan di bawah 22 subsektor perdagangan dan pengedaran dalam Fasa 1,2 dan 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), tidak menjadi penyumbang kepada penularan semula Covid-19.

“Dari 22 sehingga 27 Ogos lalu, antara kesalahan tidak mematuhi SOP PPN adalah seperti peniaga gagal pamer had kemasukan pelanggan, premis dan individu gagal mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini.

Shamsul Nizam berkata, berdasarkan statistik, pematuhan dalam sektor perdagangan pengedaran berada pada tahap memuaskan di mana 98.74 peratus premis patuh kepada SOP ditetapkan.

Katanya, hanya 0.08 peratus premis yang dikenakan kompaun manakala selebihnya iaitu 1.06 peratus premis diberi nasihat dan amaran. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI