fbpx

60 peratus pengusaha hotel tidak respons data vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Jailani menyantuni peniaga di Japerun Rembia, Melaka di sini, hari ini.

ALOR GAJAH – Kira-kira 60 peratus pemain industri pelancongan khususnya sektor perhotelan di negeri ini masih gagal menghantar maklumat vaksinasi bagi pengesahan kadar imuniti kelompok.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, isu tersebut telah berlarutan selama dua bulan dan semakin membimbangkan pihak kerajaan negeri.

Jelasnya, sehingga kini pihaknya tidak dapat menyediakan data lengkap berhubung vaksinasi, sekali gus mengganggu persiapan dalam menghadapi pembukaan semula sektor itu yang dijangka menjelang hujung tahun ini.

“Sehingga kini, secara keseluruhan lebih 70 peratus penggiat sektor pelancongan telahpun menerima suntikan vaksin Covid-19.

“Bagaimanapun, bagi pengusaha perhotelan khususnya, kita masih belum dapat mengumpul maklumat vaksinasi daripada mereka dan ia melibatkan sebilangan besar iaitu anggaran 60 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Pasar Segar Terkawal di Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Rembia di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI