PUTRAJAYA – Sebanyak 252 kes kematian Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kes kematian kini mencecah 15,802 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu, sebanyak 22,597 kes baharu dengan 12 kes import, menjadikan jumlah kes Covid-19 sebanyak 1,685,510 kes.
“Kes aktif pula sebanyak 268,548 kes dengan 986 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 451 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Sebanyak 19,492 kes sembuh menjadikan jumlah kes sembuh terkini sebanyak 1,401,160 kes,” katanya menerusi laman Twitter beliau di sini hari ini. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929