fbpx

Varane makin selesa di Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VARANE (tengah) berada pada prestasi terbaik untuk membuat kemunculan pertama bersama skuad United pada perlawanan menentang Wolves Ahad ini. – AFP

MANCHESTER – Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba mengakui rakan senegaranya dari Perancis yang baharu me­nyertai pasukan itu, Raphael Va­rane tidak mempunyai masalah besar untuk menyesuaikan diri bersama pasukan itu.

Pemain pertahanan tengah yang baharu dibeli dari Real Madrid itu diperkenalkan ketika United turun menentang Leeds United pada aksi pembukaan dan dia hanya memanaskan bangku simpanan ketika United seri 1-1 dengan Southampton minggu lalu.

Bagaimanapun, Varane kini berada pada prestasi terbaik untuk diturunkan pada aksi pertamanya bersama United yang akan menentang Wolverhampton Wanderers hujung minggu ini.

“Saya fikir dia tidak perlukan saya untuk menyesuaikan diri di sini. Dia mampu kerana Varane adalah seorang pemain yang matang dan seorang lelaki yang baik.

“Anda boleh lihat, dia cepat mesra dengan semua orang di kelab ini. Sikapnya disenangi oleh semua orang di bilik persalinan. Pengalaman, kualiti dan personaliti dirinya di dalam dan luar padang akan membantu pasukan ini,” katanya.

Varane tiba di Old Trafford dengan reputasi yang cukup tinggi selepas meraih banyak kejayaan bersama Real sebelum ini termasuk merangkul empat gelaran Liga Juara-Juara bersama gergasi Sepanyol berkenaan.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI