fbpx

Tiada ‘walk-in’ penjaja, peniaga di MOVAK Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAGDEEP SINGH DEO ketika meninjau operasi perniagaan di Pasar Chowrasta, George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri tidak berhasrat membuka Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) untuk penjaja dan peniaga secara ‘walk-in’ memandangkan dos vaksin Covid-19 terhad kepada mereka yang mendaftar dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, program tersebut yang bermula 30 Ogos hingga 2 September ini menyasarkan 12,000 peniaga dan penjaja berdaftar dengan jumlah pendaftaran setakat ini 8,375 orang.

“Saya memohon kerjasama penjaja dan peniaga yang masih belum divaksin untuk berdaftar dengan menghubungi MBPP dan MBSP segera.

“Hanya penjaja yang telah dikenal pasti akan menerima janji temu untuk menerima vaksin melalui sistem MySejahtera,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Jagdeep berkata, setakat semalam, jumlah vaksinasi dos pertama di negeri ini adalah seramai 1.1 juta individu iaitu hampir 81 peratus daripada populasi rakyat Pulau Pinang.

“Lebih 700,000 individu iaitu sekitar 52 peratus rakyat pula telah menerima dos kedua vaksin Covid-19 dan ini menunjukkan kita berada di landasan yang tepat untuk mencapai imuniti kelompok.

“Pihak kami memohon kepada kerajaan pusat agar mempercepat penyaluran vaksin Covid-19 ke negeri ini agar lebih ramai individu dapat divaksin seperti sasaran kerajaan negeri,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI